- Alkisah 'RUMAHTANGGA',dua perkataan tapi dirapatkan. Kerna menunjukkan keduanya dicipta dan bersatu.. Akan tetapi itu rumah yang zaman mak ayah kita,zaman sekarang mana ada rumah yang ada tangga lagi.. Rumah sekarang semua moden,dah tak pakai tangga lagi. Berumahtangga adalah.. Itulah keseronokan anak2 muda sekarang... Nauzubillah.. Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah setelah dekat sebulan saya bercuti menulis. Malam ini Allah menitipkan ilham pada saya untuk menulis Alkisah Rumahtangga ini. Seperti yang ditafsir pada ayat diatas itu salah. Rumah sekarang juga mempunyai tangga. Tak caya kita lihat. Rumah2 flat,bukan main tinggi lagi tangganya. Apartment juga sama,jenuh la dok naik tangga kalau lif rosak,berpeluh peluh bro. Cair makeup.. Hihihi. Begitu juga banglo2 mewah,belipat bepusing tangganya... Rumahtangga ini dah dipasangkan dari terciptanya ayat ini hinggalah zaman sekarang. Memang takdirnya berpasangan. Tujuan saya bukanlah nak becerita tentang struktur rumah atau pasal tangga. Tapi today i want to tell bout RUMAHTANGGA. Iaitu berkahwin. Seperti mana yang dizahirkan dan difitrahkan Allah Swt. Setiap manusia harus berkahwin dan mempunyai keluarga dan generasi sambungan. Seperti yang kita lihat pada usul terciptanya Adam. Pada peringkat pertama penciptaan manusia Adam hanya dicipta keseorangan. Kerna sifat Allah Swt itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Diciptanya Hawa sebagai pasangannya atau isterinya. Dengan mengunakan rusuk kiri Adam. Terciptalah hawa atas kehendak Allah Swt. Untuk menemani Sang Adam. Sehingga lahirnya Qabil dan Habil dan seterusnya sehingga ke kita yang masih bernyawa ini. Sebelum melangkau jauh. Jom kita lafaz Alhamdulilah dan membaca Alfatiha dulu pada tuhan kita yang satu iaitu Allah Swt kerna mencipta kita sebagai sebaik baik ciptaan dan sebagai khalifah... Ok,berbalik keusul rumahtangga. Jika kita melihat sedikit sebanyak zaman2 ibu ayah dulu. Mereka yang berumahtangga jarang sangat bercerai dan porak peranda. Mungkinkah kerna orang dulu2 warak dan alim??? Mungkinkah sebab kemunduran zaman yang tiada teknologi canggih dulu juga berkaitan?? Atau mungkin kerna dulu mereka berumahtangga atas kehendak ayah ibu dan pilihan mereka,sebab itu berkat dan bahagia??? Ini jawapannya. Ada juga sebab itu dan ada juga bukan kerna sebab tu. Yang kita lihat pada anak muda zaman sosialitas ni. Memang maju dan cukup stylo. Gadis2 nya hebat2,rambut 18 karat. Body 34,27,38.(bergetah,stok model) Bertudung nijab,hijab dan macam2 fesyennya. Sang Arjuna lagilah.. Kerja bagus,stylo,rambut pacak,dress k-pop. Kereta nah engkau... Sporty dan ranggi. Bedegup la hati si gadis bila tengok... Dalam hati kecil 'Wah,taste aku,kalaulah dpt jadi my hubby.. Bahagia hidup'. Bila nampak yang agak alim dan beriman. Mulalah. 'Hish xnak lah aku. Ntah2 ajaran sesat. Nanti hari2 aku kena ceramah' Ya Allah begitu difikirnya. Patutnya yang soleh itulah yang dikejar dan didamba. Ini terbalik pula,yang jahil pula digilainya.. Yela risau la kot. Zaman sekarang ni banyak ajaran sesat seperti majusi,bidaah dan syiah. Wallahualam bisawab,Andalah yang menjawab.. Berbalik kepada pointer tentang zaman teknologi. Sekarang dah moden ye tak.. Duduk rumah je. Dah bole dapat jodoh dan berumahtangga. Kan ada facebook dan twitter.. Ramai juga yang kahwin kerna teknologi ini. Alhamdulillah. Jom kita doakan agar mereka kekal juga bahagia. Akan tetapi ramai juga yang porak peranda,becerai berai. Hilang rumah,hilang tangga. Kerna teknologi ini... So berhati2 lah dengan kelebihan yang kita nikmati ini,agar tidak memakan diri... Berbalik pada kisah ibu dan ayah kita. Tanyalah mereka,purata yang berumahtangga kerna pilihan ibu ayah,lebih dari yang memilih sendiri. Tapi ada baik dan buruknya juga. Baiknya berkat pilihan ibu dan ayah ini. Dan pasangan itu akan lebih seronok bercinta selepas kahwin. Memang tak dapat bayang lah.. Memang penuh cabaran dan so sweet gitu.. Tu pasallah orang dulu kekal dan beranak ramai.. Hihihi... Kalau zaman sekarang macam tu kan best.. Ops... Pullstop.. Anak muda mana yang nak?? Mesti taknak punyalah. Pilihan sendiri lagi best. Tapi tu lah. Susah jugak sekarang kahwin orang tak kenal. Tah2 perompak laki kita tu. Tah2 pelacur bini anda... Nampak alim.. Tp... Hush. Susahnya nak berumahtangga sekarang ni... Kepada yang dah berumahtangga tu la yang untung kan?? Yeke untung?? Moh kawan cite... Dari kajian saya.. Ramai yang mengeluh,dan menyesal berumahtangga.. Lah,kenapa pulak?? Kan da ada bantal peluk best. Kan dah ada suri hidangkan makanan,dan jaga diri awak. Kan ada sang suami yang imamkan solat dan usap rambut awak,kenapa menyesal kak? Kenapa mengeluh bang??... Rupanya begini ceritanya. Ramai lelaki dan wanita ni. Sebelum berumahtangga. "Wow dia lah putera idaman aku,dia nak lamar aku. Majlis kami dihotel"... Lepas dua bulan kahwin. Rupanya buaya darat.. Sisuami dah ada 3 isteri lain.. Kesian. Naya dia.. Kes kedua,sebelum kahwin. "Awek aku ni baik sangat. Bila aku cal je,mesti dia lepas solat. Tak pernah buka aurat. Pandai masak. Kerja pulak cikgu.. Mesti pandai didik anak". 6 bulan lepas kahwin. Si isteri sibuk dengan dunia kerja dia. Tak masak,rumah bersepah. Dah tak nampak lagi tikar sejadah dan ingat Allah.. Kes ketiga. Saya pun tak tahu macamana bole kahwin dengan dia. Lepas dua tahun. Saya tesedar. Macam baru bangun dari tidur yang panjang. Sampai saya tak tahu pun dia tu laki saya. Rupanya dipukau dan diberi ilmu guna2 dan berkahwin. Ya Robbi,sampai guna ilmu,dia ingat Allah tak tahu. Ha,ni dah tesedar bini dia. Siapa yang nak jawab???? Kes yang keempat. "Sebelum saya dan bakal isteri saya berumahtangga ni. Kami selalu solat,beramal dan doa pada Allah. Supaya segala rancangan kami bernikah selamat". Sebulan lebih lepas nikah. Dua2 telingkup. Dah tak solat. Sibuk kerja la. Apa la. Yelah dah memang lumrah manusia kan. Dah dapat apa yang dia nak,dah ditunaikan Allah apa doanya. Mulalah lupa. "Melayu mudah lupa" kata PM kita dulu.. Memang benar,kita mudah lupa,mudah alpa,mudah berbuat dosa!!!! Itulah kita MANUSIA. Hebatnya rumahtangga ni ye sedara. Rupanya ada juga buruk disebalik kebaikannya. Chemistry nye begitu kuat. Patut la ayatnya dirapatkan.. Sesuatu kelebihan dan fitrah Allah Swt berikan kepada kita. Akan tetapi kita manusia sering tidak menghargai,memilih dan membawanya kejalan Allah dan membuat Allah meredhainya. Hebat rumahtangga ni... Pada semua pembaca,yang dah berumahtangga ataupun belum fikirlah sebaik baiknya. Renung dimana silap kita,rawat kekurangan kita,buatlah pilihan terbaik pabila berumahtangga,ubah perangai kita,balik ke usul kita sebagai umat islam. Hiduplah dengan nama islam dan cara hidup islam yang benar. -ISLAM ITU SIMPLE- Contohi sunnah dan hadis Rasullullah Saw dalam apapun. Tak kira rumahtangga atau apa... Agar kita dapat merasa kebahagiannya,kelebihannya,anugerahnya. Dan agar berjaya dunia juga akhirat.... <robbana atina="" fitdunnia="" hasanah="" wafil="" akhirotihasanah="" waqinna="" azzabannar="">... Insyallah.... Sekian.... CREATE BY IRWANSHAH. 25.7.11. 0200. "SEBARKAN KERNA ALLAH BUKAN KERNA KEUNTUNGAN DUNIA".. Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). QS AL-BAQARAH 221
Monday, 25 July 2011
~ALKISAH RUMAHTANGGA~ BY IRWANSHAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment